Catatan

Bahagian Kedua : Barang Apa Saya Nak Jual???? [Khas untuk org baru nak niaga]

Imej
 Assalamualaikum..... maaf la.... minggu paling bz sekarang. Sejak PKP semua bisnes terjejas. Ada kawan2 madam Eina bertukar bisnes. Oh ya, Lupa nak kenalkan diri. Saya Madam Eina dari NGE Electric Sdn Bhd sudah beroperasi hampir 10tahun di Gombak, Selangor. Blog ini just sharing saya mengenai dunia perniagaan elektrik wiring yang saya usahakan selama ini. Soalan selalu saya terima ialah: Untuk permulaan nak buka kedai barang apa perlu saya beli? dan berapa kos modal saya? ok jom kita senaraikan barang wiring elektrikal. Terdapat beberapa bahagian yang berkait rapat. jadi kita memang perlu masukkan kesemuanya namun tidak perlu pelbagai jenama atau saiz. Ini kerana modal kita tidak cukup. kita niaga kecil-kecilan dulu. Melainkan anda memang ada modal RM200k.  1) Switch Senaraikan jenis switch dahulu. Pilih jenama yang selalu pelanggan cari (Buat Kajian Dulu). Beli kuantiti kecil untuk barang yang slow moving contoh 4gang, 5gang, 15Amp socket. Pilih jenama yang mudah jual contoh...

Bahagian Pertama : Langkah Pertama nak buka kedai elektrik

Imej
Assalamualaikum... Saya madam eina dari NGE ELECTRIC.... Blog ini diwujudkan untuk memberi info2 untuk membuka kedai elektrik. Saya menulis berdasarkan pengalaman kami sepanjang 10tahun kami beroperasi..... Soalan sering menjadi tanda tanya... SAYA NAK BUKA KEDAI. BOLEH BANTU SAYA. BAGAIMANA PERMULAAN NAK BUKA KEDAI???? 1) Ada Syarikat. Tak kira enterprises atau sdn bhd.... Yang penting ada syarikat. Ini sangat2 penting. Sebab anda nak BERNIAGA bukan isi masa lapang 🤣🤣🤣🤣. Jika ada kedai kena mohon lesen. jangan niaga koboi karang lembaga datang lak....(LHDN) 2) Ada kedai. Jika anda ingin mendapatkan pembekal, buat loan, mereka ingin lihat premis perniagaan anda. Tak salah jika tiada (untuk niaga online) Tapi biasanya bidang wiring electrical memang ada kedai. Pembekal biasa sendiri akan datang ke kedai anda untuk menunjuk produk mereka. Walaubagaimana pun ini semua memerlukan modal.  3) Buat Kajian Sebelum mula sesuatu anda pasti buat kajian. Kawasan nak niaga, siapa sasaran pe...

Belajarlah dari kesilapan....

Imej
Tak semua mula niaga terus berjaya... Ada yang buat terus jadi... Bergantung pada strategi syarikat masing2. Bila buat silap memang perit untuk kita baiki... Itu lah pengalaman...Jatuh bangun sesebuah syarikat adalah asam garam dunia bisnes... Ini kami tulis dari pengalaman kami sendiri... Semoga ianya memberi manfaat pada anda.... 1) Tiada ilmu. Berniaga perlu ada ilmu, perlu ada networking yang betul. Belajar ikut kemampuan kita, ada aje badan2 kerajaan yang beri subsidi. Contohnya INSKEN. berniaga kena ikut peredaraan zaman. jadi kita perlu upgrade pengetahuan kita. Tidak kira apa jenis perniagaan, ilmu mesti mesti ada. 2) Akaun untung rugi . Dulu kami tiada pengetahuan bab ini. Bila due date audit, kami pasti suruh akauntan buat negetif akaun kerana tak mahu bayar tax..... sebenarnya tidak betul. Bila akaun negetif bermakna akaun kita tidak cantik... so kalau nak buat loan bank tak suka. Kena rekod duit keluar masuk dengan betul. oh ya... tak kira Enterprise atau Sdn Bh...

M.O.D.A.L

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Sebelum kami teruskan bicara ini, pihak kami mohon maaf jika kenyataan kami membuat tidak keselesaan anda. Jika iannya manfaat sila share semoga kita semua dapat belajar sesuatu di sini. Ramai orang PM kami tanya berapa modal nak buka kedai elektrik ini???? 20k? 50k? 100k? emmmm..... pokok pangkal sebenarnya kena ikut kemampuan kita....🤔🤔🤔🤔🤔🤔 ada yang sanggup buat pinjaman dengan bank atau sedara mara untuk berniaga... tak salah jika kita boleh bayar balik..... Kalau anda tanya kami macam mana kami mula berniaga...... Kami memang dari keluarga bisnes Elektrikal.... sama2 dalam bidang ini... jadi kami memang dah ada pembekal tersendiri.. Pada mulanya kami pinjam 10k tunai untuk modal permulaan. Dari duit tu kami bayar deposit kedai, dan sebagainya... kebanyakkan barang kami dapat kredit dari pembekal. Sikit2 kami penuhkan barang dikedai.... cari barang yang perlu dan tidak mengambil barang secara borong. Bila kami mula p...

NAK BUKA KEDAI ELEKTRIK... Tapi bagaimana????

Imej
Assalamualaikum... lama tak tulis.... Hari itu kami janji nak tulis bagaimana nak buka kedai Elektrik.... Senang ke??? Apa nak jual?? Dekat mana nak beli???? apa nak jual... kuantiti??? Haaah.... kami kongsikan sebagai rujukan anda... Ini tidak semestinya betul tapi ianya berdasarkan dari pengalaman kami. Ingat... nak buka kedai senang tapi nak maintain tidak mudah. 1. N.I.A.T  kenapa kami kata niat??? ya lah... niat niaga nak jual barang-barang elektrik kenapa... saja2 atau terikut2..... Bila kita ada niat wujud la misi dan visi... baru ada motivasi nak upkan sale.... Kalau anda tak setuju tak apa.... terpulang pada anda.... 2.TEMPAT kawasan kita niaga dekat mana? Ramai ke orang lihat anda???? Sekarang dunia teknologi kita boleh aje jual dalam bentuk offline atau online terpulang pada kita. nak ada kedai ada kos.... so... kira dulu sebelum nak buka kedai 3.Kajian Apa juga perniagaan kita kena buat kajian dulu sebelum buat sesuatu.... nak kaji apa???? ini salah satu ...

Cabaran Perniagaan Kedai Elektrik

Imej
Ramai tidak percaya bahawa NGE Electric sebenarnya di miliki sepenuhnya oleh anak melayu. Dah nama NGE mereka fikir ini kedai cina tapi sebenarnya tidak. Kami suami isteri yang menguruskan syarikat ini hampir 10 tahun. Bukan mudah untuk menguruskan sebuah syarikat yang biasanya dimilik bukan bumiputera.... Jatuh bangun sebuah syarikat adalah asam garam perniagaan. Pokok pangkal mesti ada keazaman yang tinggi. Jangan mudah melenting atau takut untuk hadapi cabaran. Ramai mesti nak tahu apa cabaran tersebut.... Kali ini, kami akan cerita bagaimana nak uruskan perniagaan pendawaiaan elektrik. Kepada yang ingin membuka kedai elektrik, di sini kami kongsikan. Cabaran perniagaan Elektrik . 😎 Persaingan Semestinya persaingan dengan bukan bumiputra.... Secara jujur mereka memang mengawal harga barang2 elektrik. Jadi kalau nak jadi peniaga anda mesti bijak. Jangan jadi ianya sebagai alasan.... 😎Pelanggan Biasa lah walaupun sepuluh sen.... Mereka pasti beralih arah....

Kedai Elektrik Bumiputera Di Gombak Selangor

Imej
Kedai pembekal elektrik yang dimilik sepenuhnya oleh anak melayu yang terletak di Gombak, Selangor. Kedai yang betul-betul di jalan utama yang memudahkan orang ramai mencari. Kedai ini dulu dikenal sebagai "New Greenlite Electric" sudah bertukar kepada NGE Electric Sdn Bhd. NGE Electric sudah bertapak hampir 12 tahun kini terus maju setaraf kedai-kedai pembekal yang lain. Pelbagai barang elektrikal khas untuk membuat pendawaian elektrik seperti kabel, pelbagai barang upvc pipe, switch,lampu, kipas dan sebagainya. Pelbagai khidmat yang diberikan memudahkan pelanggan untuk berurusan menyebabkan pelanggan terus setia dengan NGE Electric. Penghantaran PERCUMA sekitar gombak, khidmat nasihat dan cadangan pendawaian elektrik dan pelbagai lain.Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan khidmat pemasangan wiring NGE Electric beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang Isnin sehingga Sabtu. Kepada yang ingin mencari kedai pendawaian elektrik boleh tekan ...