NAK BUKA KEDAI ELEKTRIK... Tapi bagaimana????

Assalamualaikum... lama tak tulis....
Hari itu kami janji nak tulis bagaimana nak buka kedai Elektrik.... Senang ke??? Apa nak jual?? Dekat mana nak beli???? apa nak jual... kuantiti???
Haaah.... kami kongsikan sebagai rujukan anda... Ini tidak semestinya betul tapi ianya berdasarkan dari pengalaman kami. Ingat... nak buka kedai senang tapi nak maintain tidak mudah.

1. N.I.A.T
 kenapa kami kata niat??? ya lah... niat niaga nak jual barang-barang elektrik kenapa... saja2 atau terikut2..... Bila kita ada niat wujud la misi dan visi... baru ada motivasi nak upkan sale....
Kalau anda tak setuju tak apa.... terpulang pada anda....

2.TEMPAT
kawasan kita niaga dekat mana? Ramai ke orang lihat anda???? Sekarang dunia teknologi kita boleh aje jual dalam bentuk offline atau online terpulang pada kita. nak ada kedai ada kos.... so... kira dulu sebelum nak buka kedai

3.Kajian
Apa juga perniagaan kita kena buat kajian dulu sebelum buat sesuatu.... nak kaji apa????
ini salah satu yang anda patut buat kajian....

  1. Siapa Sasaran Pelanggan  (Orang awam @ Kontraktor)
  2. Apa jenis barang nak masuk????
  3. Listkan jenis2 barang dan jenama... untuk permulaan jangan letak pelbagai jenama... cari yang jenama permintaan tinggi (hot item) 
  4. Kuantiti???? pada permulaan ambil ikut kemampuan. Memang kalau ambil kuantiti lagi murah tapi modal??? jika modal kita banyak tak kisah tapi barang tersebut mesti dijual dengan cepat jika tidak..... fikir2 la sendiri ya..
  5. Pesaing... berapa kedai elektrik ada di kawasan anda?
4.PEMBEKAL
Dah tahu siapa pelangan so kita dah tahu barang apa nak masuk kan? tapi nak beli kat mana pulak??? Listkan barang nak beli dan buat sebutharga dulu... tanya 2-3 buah kedai..... kadang2 ada yang jual murah tapi tak semua. kena faham setiap barang semua ada pengkilang berlainan . kabel lain, lampu lain, switch lain.... so kena bijak la.... terus terang barang2 ini semua dikeluarkan oleh pembekal bukan bumiputera. ( so.... jangan rasis bab ini ya)

5.Harga Jualan
 Saya jual nak ikut harga mana???? karang mahal orang tak datang kedai saya???? 
ini biasa orang tanya kami. Di sini anda perlu bijak yaaa..... ada ke persaingan yang dekat dengan anda.... kalau ada, sebelum buka kedai anda kena semak harga yang di jual.... so anda beli kena lebih murah dari persaingan anda jual. baru anda boleh jual sama harga.... memang kita tak boleh lawan semua harga.... tapi pastikan barang utama kita mesti jual sama dengan harga pasaran.... Apa barang utama??? Barang utama contoh kabel, lampu 4ft,2ft, pvc pipe dan sebagainya.


Rasanya pengkongsian kami ini dapat membantu anda. Kami tulis berdasarkan pengalaman kami tak semestinya anda nak ikut.Mana yang baik ikutla ya.... kalau rasa tak puas boleh aje PM kami.... Ada masa kami bantu anda....Tapi anda kenalah buat kajian dulu jangan suruh kami yang listkan.... Dah banyak orang datang kata nak buka kedai last suruh kami listkan..... Jawapan kami senang aje...
Tuan yang nak jual mana kami tahu apa tuan nak jual. setiap kawasan, pelanggan semua tak sama...
alaaa... citarasa pelanggan selalu tak sama kan.... sebab itu kami suruh anda buat kajian dulu.... 

Okey.... sampai di sini penulisan kami ya... Jangan lupa follow kami di Facebook

FB:-https://www.facebook.com/ngeesb0133915014

No Telephone:- 03 6188  6554

Email :- ngeesb@yahoo.com

Hotline:- 019 641 1855










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bahagian Pertama : Langkah Pertama nak buka kedai elektrik

Bahagian Kedua : Barang Apa Saya Nak Jual???? [Khas untuk org baru nak niaga]

Kedai Elektrik Bumiputera Di Gombak Selangor