Bahagian Kedua : Barang Apa Saya Nak Jual???? [Khas untuk org baru nak niaga]
Assalamualaikum.....
maaf la.... minggu paling bz sekarang. Sejak PKP semua bisnes terjejas. Ada kawan2 madam Eina bertukar bisnes. Oh ya, Lupa nak kenalkan diri. Saya Madam Eina dari NGE Electric Sdn Bhd sudah beroperasi hampir 10tahun di Gombak, Selangor. Blog ini just sharing saya mengenai dunia perniagaan elektrik wiring yang saya usahakan selama ini.
Soalan selalu saya terima ialah: Untuk permulaan nak buka kedai barang apa perlu saya beli? dan berapa kos modal saya?
ok jom kita senaraikan barang wiring elektrikal. Terdapat beberapa bahagian yang berkait rapat. jadi kita memang perlu masukkan kesemuanya namun tidak perlu pelbagai jenama atau saiz. Ini kerana modal kita tidak cukup. kita niaga kecil-kecilan dulu. Melainkan anda memang ada modal RM200k.
1) Switch
Senaraikan jenis switch dahulu. Pilih jenama yang selalu pelanggan cari (Buat Kajian Dulu). Beli kuantiti kecil untuk barang yang slow moving contoh 4gang, 5gang, 15Amp socket. Pilih jenama yang mudah jual contoh UMS, Schneider. Barang paling hot ialah socket 13A. ini anda boleh beli corton [80/200pc]
2) Fan
Anda perlu faham kipas bukan lah barang yang mendapat keuntungan tinggi tetapi kipas ada lah barang "Fast Moving" wajib ada walaupun sikit. Pelbagai jenama, tetapi jenam KDK adalah pilihan No 1 Malaysia. Part2 lain mengenai kipas pun anda perlu masuk seperti hook kipas. Banyak saiz,Banyak Jenis. Pilih yang permintaan tinggi dulu. Dan beberapa bahagian.
3) Lampu
Adehhhh..... ni jenuh nak listkan..... kita kena tengok kawasan bab ini. sebab itu saya kata kena buat kajian. Kenapa???? sekarang lampu panjang semua jenis LED. tapi tak semua kawasan yang guna. Kalau KL memang semua cari LED. Kita ada lampu Jenis kalimantang, Downlite,Sportlight, Floodlight, Ceiling Lamp, Pendent Lamp. Uhhhh jenuh nak tulis.... sama juga dengan mentol. kalau dulu pakai filament, lepas itu pakai yang energy saving. Sekarang dah tukar ke LED. Ada jenis PLC, PLL, PLCE, B22, MR16,GU10, Candle, Ping Pong, Glob Bulb, Circular. Holder lampu pun masuk dalam list ini ya.
4) Kabel
Untuk kabel wiring, anda masuk kabel saiz 1.5mm sehingga 16mm dahulu. Tapi ada jenis SIRIM dan tak. ikut modal anda. Harga Kabel tak menentu. jadi kena bijak kat sini. Tapi jangan jual jenis kabel dari cina. karang terbakar lak rumah orang. Ada beberapa jenis lagi kabel yang patut anda masuk seperti VDE, Twin Flat, 3 Core Flexible, Astro Cable, Telephone Cable. Pelbagai saiz pelbagai jenama. Bagi anda yang baru nak niaga beli jenama yang murah dulu. sebab biasanya wiring rumah tak la guna jenama yang mahal macam wireman/pvc link.
5) Barang UPVC
Barang untung tak seberapa tapi ini lah asas orang nak guna. Pipe dan aessories pipe. Biasa ada 2 saiz aje (3/4" & 1") tapi banyak lak jenis. Box switch, Casing, Flexible. Walaupun barangan ini tak mahal tapi banyak jenis. wajib ada
6) DB Board
Pilih Amp, Jenama yang selalu pelanggan guna. Ada modal beli yang murah dan mahal. Jual 2 jenama sudah cukup. Sebab barang ini banyak juga jenis contoh MCB, Isolator, 1Pole,2Pole,3Pole . ELCB, MAIN SWITCH, Busbar, PVC DB.
7) Barang Earthing
Barang kategori ini slow moving tapi wajib ada. Earthing, Cut Out, Neutral Link, Meter Board. untuk pelanggan jenis wireman biasa anda tidak perlu simpan barangan jenama seperti ATEG/TAIPOLY cukup sekarang biasa-biasa.
8) Barang Asas
ini barang jenis jajan la saya kategorikan. barang wajib ada tau. Margin tinggi dan fast moving item. PVC Tape, Pvc Connector, Pvc Wall Plug, Screw, alat tester.
9) Alat Tukang
ini barang memang margin tinggi jika anda pandai cari pembekal. Biasa saya beli di cina (pakai Taobao,ali baba, 1688) banyak platfrom kita boleh guna. masuk la player, screw driver. Untuk permulaan beli yang murah lepas itu boleh beli jenama seperti stanley
okey terjawab sudah soalan pelbagai pihak. Barang-barang ini perlu ikut trend dan kawasan anda. Jika tanya saya, barangan saya jual barang jenama biasa, murah mampu dibeli. Kategori pelanggan saya adalah pelanggan golongan B40, wireman perumahan biasa. So saya tak simpan barangan yg mahal. Contoh saya tak simpan barangan untuk pembanguanan (Job JKR) sebab barang seperti job ini jenis mahal (kabel MEGA). Di NGE kami gunakan "FAST MOVING ITEM". Collect cash cepat, supaya kita rolling dengan cepat. Konsep ini boleh cepat duit beranak.
Okey semoga apa saya tulis ini mudah anda faham dan memberi manfaat. Ada nak saya buatkan list secara detail pun boleh (list aje. jenama kena ikut selera pelanggan kawasaan anda) TAPIIII saya Caj.
Sebarang pertanyaan boleh whatApps 0196411855.
Salam..saya bercdng nak buka hardware elektrik jual brg2 wiring...dimanakah supplier yg sy boleh hubungi utk dptkn bekaln alatn dan brg2..mohn bntu tuan
BalasPadamWalaikumusalam.
Padamsenaraikan apa nak dijual
jenama apa yg pelanggan minta
google jenama itu. contoh KDK akan keluar pengedar mengikut negeri
Sy plan untuk buka kedai elektrik selepas anak sy habis belajar bahagian elektrik tidak lama lagi...Insya Allah
BalasPadam