Cabaran Perniagaan Kedai Elektrik



Ramai tidak percaya bahawa NGE Electric sebenarnya di miliki sepenuhnya oleh anak melayu. Dah nama NGE mereka fikir ini kedai cina tapi sebenarnya tidak. Kami suami isteri yang menguruskan syarikat ini hampir 10 tahun. Bukan mudah untuk menguruskan sebuah syarikat yang biasanya dimilik bukan bumiputera....
Jatuh bangun sebuah syarikat adalah asam garam perniagaan. Pokok pangkal mesti ada keazaman yang tinggi. Jangan mudah melenting atau takut untuk hadapi cabaran. Ramai mesti nak tahu apa cabaran tersebut....
Kali ini, kami akan cerita bagaimana nak uruskan perniagaan pendawaiaan elektrik. Kepada yang ingin membuka kedai elektrik, di sini kami kongsikan.

Cabaran perniagaan Elektrik.

😎 Persaingan
Semestinya persaingan dengan bukan bumiputra.... Secara jujur mereka memang mengawal harga barang2 elektrik. Jadi kalau nak jadi peniaga anda mesti bijak. Jangan jadi ianya sebagai alasan....

😎Pelanggan
Biasa lah walaupun sepuluh sen.... Mereka pasti beralih arah. Tapi sebagai peniaga anda kena bijak. Hargai pelanggan, buat mereka gembira....Bagaimana??? Di sini perlu ada strategik....

😎Modal
Jangan BERHUTANG semata2 nak berniaga. Mula dari bawah. Perlahan2 naik.... Ini dari pengalaman sendiri. Jika berhutang dengan bank anda kena kerja 10kali ganda untuk membayar interest bank. Penat sangat.... Kami dulu terpaksa buka kedai dari pagi hingga malam. Itu baru hutang bank belum lagi dengan pembekal..... Salah strategik langsung tak ada untung..... Cukup kami katakan jangan berhutang!

😎 Akaun
Duit keluar masuk kena rekod. Kena buat akaun. Jangan buat x kisah. Ni bukti kesihatan sesebuah syarikat....Ramai peniaga biasanya akan "rompak" duit kedai. Ingat... bila kita berniaga segala maklumat kita semua mereka tahu... Siapa mereka??? laaa semestinya LHDN, SSM, KASTAM, KWSP,PEKESO..... Salah sikit habis kena denda.... huhuhu.... bocor cashflow korang.......

Rasanya sampai sini aje kami kongsi....Banyak lagi kalau ikutkan tapi lain kali kami kongsikan lagi. Kalau ikutkan sampai 10 muka surat tapi cukup sekadar basic. Nak niaga senang tapi nak bertahan tu payah jika tidak ada ilmu. Berniaga ni perlu ada ilmu. Sentiasa upgrade ilmu sebab pengedaran waktu tak sama dengan yang dulu... Sekarang zaman teknologi.... Semua canggih tapi canggihkah kita untuk berniaga di zaman ini???? 


Ada sesiapa nak tahu bagaimana nak buka kedai elektrik boleh aje call kami ditalian 0196411855
Ramai kami telah membantu mereka yang ingin membuka kedai elektrik.Emmmm... Lepas ini nak bagi tips bagaimana nak buka kedai elektrik... So tunggu dan jangan lupa follow kami ya.....

Jangan lupa ya follow FB NGE Electric - Electrical Shop Gombak
https://www.facebook.com/ngeesb0133915014/


Nak beli kedai tapi jauh???
Jom kunjungi kedai kami di SHOPEE
https://shopee.com.my/azlina030283



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bahagian Pertama : Langkah Pertama nak buka kedai elektrik

Bahagian Kedua : Barang Apa Saya Nak Jual???? [Khas untuk org baru nak niaga]

Kedai Elektrik Bumiputera Di Gombak Selangor