Bahagian Pertama : Langkah Pertama nak buka kedai elektrik

Assalamualaikum...

Saya madam eina dari NGE ELECTRIC....
Blog ini diwujudkan untuk memberi info2 untuk membuka kedai elektrik. Saya menulis berdasarkan pengalaman kami sepanjang 10tahun kami beroperasi.....

Soalan sering menjadi tanda tanya...
SAYA NAK BUKA KEDAI. BOLEH BANTU SAYA. BAGAIMANA PERMULAAN NAK BUKA KEDAI????



1) Ada Syarikat.

Tak kira enterprises atau sdn bhd.... Yang penting ada syarikat. Ini sangat2 penting. Sebab anda nak BERNIAGA bukan isi masa lapang 🤣🤣🤣🤣. Jika ada kedai kena mohon lesen. jangan niaga koboi karang lembaga datang lak....(LHDN)



2) Ada kedai.
Jika anda ingin mendapatkan pembekal, buat loan, mereka ingin lihat premis perniagaan anda. Tak salah jika tiada (untuk niaga online) Tapi biasanya bidang wiring electrical memang ada kedai. Pembekal biasa sendiri akan datang ke kedai anda untuk menunjuk produk mereka. Walaubagaimana pun ini semua memerlukan modal. 




3) Buat Kajian
Sebelum mula sesuatu anda pasti buat kajian. Kawasan nak niaga, siapa sasaran pelanggan anda, apa meraka perlukan, semak harga pasaran. Penting sangat2 buat kajian. Jangan anda syok sendiri, nanti barang tak jalan siapa susah.....
Nak buat kajian boleh guna "Google Trend". 




4) Sistem POS
Zaman dah canggih, jangan ketinggalan lak. Labur sikit duit guna POS sistem. Cari yang blh guna semua. Simpan data, harga, stok. Jangan guna buku!!! Sukar nak simpan. Sebab semua bukti harus di simpan selama 7tahun untuk pihak LHDN menyemak....




5) Marketing
Marketing maksudnya "bagi orang nampak". Faham ke Faham😁😁😁
Dekat sini pelbagai cara boleh anda lakukan. Boleh buat FB, IG, Twitter, Banner, flyer dan macam-macam. Ni anda kena belajar la.... Macam2 sifu mentor guru ada😅 pilih Aje dan Bayor. Dalam dunia mana ada free...


5 point ini sangat penting untuk anda ingin membuka kedai. Berniaga memang mudah tapi nak bertahan bukan mudah. kena ada ilmu baru perniagaan kita tak goyang. Sepanjang kami berniaga memang ada kesilapan yang kami buat. Alhamdulilah kami masih bertahan sehingga kita. Saya Doakan anda semua berjaya dalam apa bidang yg anda ceburi.

Semoga info saya beri memberi manfaat kepada anda semua. Nak tanya details boleh whatApps (Jangan Call) 0192169944 madam eina.... Nak jumpa memang sukar la sebab kami memang bz sangat. 

Ulasan

  1. Tidak perlu lesen² lain slain ssm?
    Lesen berkaitan electrical

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk berniaga tak perlu melainkan kita ada buat service...

      Padam
  2. Balasan
    1. Wujudkan SSM dulu.... Baru next ambil lesen kedai.... Dengan SSM boleh buka akaun bank....

      Padam
  3. nak mula berniaga barang wiring elektrical untuk team wiring rumah. dah ada pelangan. agak2 berapa kos untuk barangan wiring rumah sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung pada budjet anda.
      kebiasaan RM100k pun belum cukup sebab kadar harga barang berubah

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bahagian Kedua : Barang Apa Saya Nak Jual???? [Khas untuk org baru nak niaga]

Kedai Elektrik Bumiputera Di Gombak Selangor